Tuesday, October 28, 2008

DIA

Kalau kau punya masa
isikan untuk DIA

Kalau kau punya harta
infakan untuk DIA

Kalau kau punya nama
gunakan untuk DIA

Kalau kau tak punya apa
mintalah pada DIA

Kerana DIA maha kaya
penguasa segalanya

Saturday, October 18, 2008

Insan

Kelihatannya
Laknatullah menangis hiba
bila sujud sajdah ditunai insan

Katanya
Ya Tuhan
Malangnya nasibku
kerana bila aku engkar untuk bersujud
maka aku terpuruk ke neraka

Tapi hari ini
bila Engkau perintahkan
hambamu bersujud, maka mereka bersujud
maka mereka bertahta di syurga