Wahai para pendaki Darjat yang tinggi
kan kauhadapkan keteduhan mata
dan pandanganmu di hari kemudian
Tinggalkanlah dunia
kerana itu adalah tipudaya
berapa banyak orang yang terpedaya kerananya
Jika kau tinggalkan dunia
hatimu bercahaya
sakan bulan purnama di tengah mayapada
Hiasi dirimu dengan perilaku soleh
kelak dapat kau harapkan
setitik kebahagiaan
silakan kau kejar kemewahan dunia
namun jiwamu akan membusuk
melebihi bangkai anjing gila
hati-hatilah dalam kehidupan
hiasi dirimu dengan akhlak mulia
inilah waktumu dengan sujud dan ibadat padanya
Turutilah jejak orang-orang selamat
nescaya kan kau dapatkan keselamatan
dan terhindar dari bahaya neraka
juga fitnah yang dahsyat
Jika kau cari jalan selamat dengan merambah likunya hidup
bacalah kifayatul Atqiya
sebuah penjelasan atas matan Hidayatul Adskiya(oleh Zainuddin Malabary)
Didalamnya terdapat banyak faedah
dengannya hatimu kan hidup
dan derajatmu kan mulia
dengan sengaja kitab itu ditulis
buat prtunjuk bagi para peminatny7a
Pengarangnya adalah guruku
yg dineri jolokan Abu Bakar syata
pembela agama mulia
Dia berjasa dengan hujung penanya
jasa yang tiada kira
bagi keyakinan satu agama