Friday, July 10, 2009

Puisi Rumi

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka
maka milikilah prasangka yg baik tentang tuhan
begitulah caranya

Jika engkau hanyamampu merangkak
maka merangkakalah padanya
Jika engkau belum mampu berdoa dgn khusuk
maka tetaplah mempersembahkan doamu
yg kering, munafik dan tanpa keyakinan

kerana tuhan dgn rahmatnya
akan tetap menerima matawang palsumu

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai tuhan
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja
begitulah caranya! wahai pejalan
Biarpun telah seratuskali engkau engkar janji
ayuhlah datang dan datanglah lagi

kerana tuhan telah berfirman,
"ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang
ingatlah padaku, kerana akulah jalan itu"

_____________________________________
Aku bergelayut di cawan anggur
dan dukaku dalam darahnya karam
Aku berpadu dgn kekasih di balik tirai
kitaran tubuh kini kitaranku
Perjalananku kini sampai ke negeri antah berantah
sebuah perintah tuhan ku bawa sudah
_____________________________________
Suatu malam kutanya cinta;
"Katakan siapa sesungguhnya dirimu?"
Katanya; "Aku ini kehidupan abadi"
Aku memperbanyak kehidupan indah itu.

2 comments:

GALAKSI TAUHID said...

bagus banget.. slam kenal ya
HTTp\\galaksitauhid.blogspot.com

sajak sufi said...

Salam kembali,

terimah kasih kerana singgah di sini..