Friday, March 11, 2011

hati..

Wajah hati yang berzikir
mengingat Allah banyak banyak
umpama wajah pengantin perempuan anda
yang cantik dan berseri

Semakin hari semakin ingin
anda menatap wajahnya
semakin bertambah kasih
semakin bertambah sayang

Janganlah anda serahkan hati
pada nafsu kerana umpamanya
anda tenggelam lalu berpaut pada
orang yang tidak tahu berenang

Tapi serahkanlah nafsumu pada hati
kerana umpamanya anda tenggelam
lalu berpaut pada handalan perenang
maka terselamatlah kedua-duanya
hati dan nafsu itu..

fakir .. kajang

No comments: