Friday, March 4, 2011

Doa air anggur..

Rasa cinta yang dititip oleh sang maha pemurah
berolah dalam air anggur,
diteguk lalu rasa segar
menerpa di dada hamba dahaga
lantas mensyukuri nikmat tuhannya

Pantas sekali
setiap anggur mahu menjadi anggur firdausi
ditegak ahlul jannah hamba solihin
tak pernah puas tak pernah lelah
kerana itu janjiNYA
air anggur minuman jannah.

Tatkala anggur diperas diperam jadi khamar
diteguk ahlul derhaka
doanya, aku berlindung dengan tuhanku
daripada dosa makhluk itu..

demi kau yang nyawanya di tanganMU
ampunilah kesalahannya
kerana akulah khamar itu
yang kau ciptakan dengan kasihMU.


fakir, alamanda

1 comment:

Zawawi Aziz said...

Salam Puisi. Amat bagus !