Saturday, September 4, 2010

Syukur Alhamdulillah

Mana mungkin ilham ini ilham kosong
kerana yakin ku
ilham ini adalah rahsia dari rahsiaNYA
disimpanNYA dalam hati
sesiapa yg dikasihaniNYA

Dalam ilham ku tanya syukur
siapakah dirimu?
katanya dia hadir pada rasa
rasa pada lidah
rasa pada hati
rasa pada tubuh

Pada lidah kuucapkan Alhamdulillah
pada hati ku iktikatkan segalanya milikMU jua
pada tubuh ku tunaikan amalan salih

Tatkala sempurna itu maka zahirlah aku
kerana Allah lah yg zahir
dalam tiap-tiap sesuatu.

Thursday, September 2, 2010

Demi cinta, ahli Badar memerangi musyrikin dgn pelepah tamar
sedang musuh bermegah-megah dgn bilangan
mujahid pula yakin pasti janjiNYA ditunai
Kurniakan satu dari dua golongan
Kumpulannya Abu Jahal atas kumpulannya Abi Sufyan

Jika kita ingat bagaimana Nabi Musa diingkar
ditinggalkan kaumnya bila diminta berperang
katanya "Kamu pergi sajalah Musa bersama tuhan
kerana kami lebih senang di sini"..

Pasti kita ingin bersama ahli badar
melindungi Rasul berperisaikan lengan
bersama terik fardhu ramadan
rida pada takdirnya
mengharap pada pertolonganNYA
agar hati kita bisa tetap atas jalanNYA.