Friday, February 8, 2013

Rindu butir tasbih

Rindu butir tasbih,
sejak terpisah dari jari,
memetik lembut ke belakang,
Allah, Allah, Allah zikirnya;

Senandung zikrullah murid,
menarikan butir tasbih;
sehingga suboh membening,
bersama alunan mersik manik;
Nafi dan isbat berganding;
Jihar dan khafi beriring;

Rindu butir tasbih;
sejak berpisah dari jari;
benang mereput;
tasbih usang terperuk...
Zikir tidak lagi berlabuh..

Thursday, February 7, 2013

Khairul Ummah

Suara lirih rindu rasulmu,
meruntun kasih pada golonganmu,
Bersama soalan-soalan itu,
namun jawapan terus tidak bertamu,

Kamu,
dengan rezeki iman tanpa melihat
biar dipisah 1500 tahun dan tempat
tetap berpegang pada kitab yang rapat
Khairul ummah namamu terpahat.


Saujana Impian 7 Feb 2013

Friday, February 1, 2013

Jawab Badar

Berpercikan api dari kuku kuda
menghambur pahlawan ke pentas jihad
dengan satu matlamat
untuk bergelar shuhadak tuhan

Pedang berhayunan,
panah bertebaran
lembing melayang,
Batu menghujan

medan ini medan sebenar
tempat darah pahlawan tumpah
tempat agama tuhan bergantung takdirnya

katakan pada tanah badar itu
apa mahunya.?
tentu jawabnya badar,
mahu rasulnya dibela

katakan pada tanah badar
apa lagi mahunya?
tentu jawab badar,
mahu takdirNYA di-rida....


impian makmur, 1 feb 2013