Sunday, November 16, 2008

Telah bergetar tulang temulang
telah bergelayut kulit wajah
telah kabur basyar indah
sekian lama dimamah usia

yang tinggal hanya
zikir qalbi berpelamin indah
di sudut taman hati
dihias ingat pada hi rabbi

Juga basyirah pengganti ainun
memberi beza hukum serta kanun
agar warak tidak tercampak nun

Maka jiwa tenang ini
kembali sambil redha dan diredhai
buat meninggal penjara dunia
memenuhi hati dgn Pengasih

Apa jua yg merasuk hati
pasti dipenggal dgn pedang tauhid
hingga Allah sahaja yang bersemayam di hati

Saturday, November 15, 2008

Anak Kecil Ihya Al Quran ( Sajak untuk Ilham Hafiz)

Anak kecil , mukaddam koyak rabak
melangkah lesu merintis kalam suci
a, i, u, e o; ba, bi bu be bo.

Tiga tahun lamanya
berjihad diri demi memahir kalam hi rabbi
sudah cukup mejemput bosan
namun anak kecil terus jua
besimba bis mim alif lam lam ha...

Meninggal mata benda
merebut rezeki tetapan ilahi
Kerana Sang Maha Pemurah
tentu pasti membimbing.
merentas jambatan 30 juzuk
Sehingga anak kecil bisa meyenandungkan
Tilawah merdu bertaranum tartil

Ustazah tersenyum bangga
Ibu tersenyum tanda syukur
Anak kecil pasrah dgn takdirNYA
Jambatan itu kini telah dilintasinya.

Sunday, November 9, 2008

Surau Kecil Ayah

Surau Kecil Ayah
di simpang jalan kg kami
berperabung dhaif
dinding2 kayu mereput
dimamah anai2
tidak lagi terjaga
serambi tempat ayah menelaah kitab
dan menukilkan tarbiah
kian uzur berserawang lelabah

Sejadah dan naskah Al-Quran
berterabur di sana-sini
tiada siapa yg peduli
di sinilah dahulu
qariah mengisi detik senggang
mengutip usrah menghiasi atma
muhasabah dgn ilmu kifayah
sebelum ayah dijemput pulang
ke negeri Allah

Surau kecil Ayah dirimbun lelalang
terbiar panjang
menjadi tempat tamu tidak diundang
melepas nafsu serakahan
jendela dan tingkapnya dikarati
usia yg pantas melewati pergi
madrasah yg kian terpinggir
sesudah tersergam
masjid mewah berkapet indah
di laman desa kecilku

Husna nazri, kemaman utusan 9 nov 08

Tuesday, October 28, 2008

DIA

Kalau kau punya masa
isikan untuk DIA

Kalau kau punya harta
infakan untuk DIA

Kalau kau punya nama
gunakan untuk DIA

Kalau kau tak punya apa
mintalah pada DIA

Kerana DIA maha kaya
penguasa segalanya

Saturday, October 18, 2008

Insan

Kelihatannya
Laknatullah menangis hiba
bila sujud sajdah ditunai insan

Katanya
Ya Tuhan
Malangnya nasibku
kerana bila aku engkar untuk bersujud
maka aku terpuruk ke neraka

Tapi hari ini
bila Engkau perintahkan
hambamu bersujud, maka mereka bersujud
maka mereka bertahta di syurga