Pesona itu
membawa aku mengembara lagi
meninggalkan kota cinta
buatmu sang pencipta
Pesona itu
meragut aku pergi lagi
menyisihkan butir zikir
dari menawarkan tari dalam hati
Namun pada jatuh sungkurku,
aku merayukan belas ehsan mu
untukku yang berdiri di depan pintu MU
janganlah engkau usir aku
Sunday, May 4, 2014
Sunday, April 27, 2014
Pintaku llagi
lemasku bergulung di dalam ombak,
pada menyatakan cinta ku padaMU,
gugup santunku di dalam getar,
pada menyatakan rinduku padaMu
Kerana ku sendiri tak dapat menawan diriku,
yang sering beralih pandang fikirku pada penyataan itu,
lantas ku serahkan keseluruh keadaan itu
ke atas kebesaranMu, IlmuMU dan kehendakMU
Sekadar harapanku padaMU,
kau tunjukanlah aku jalan yang lurus,
bagi melerai resahku,
bagi mengamankan cintaKU...
Astaghfirullah hal Azim...
pada menyatakan cinta ku padaMU,
gugup santunku di dalam getar,
pada menyatakan rinduku padaMu
Kerana ku sendiri tak dapat menawan diriku,
yang sering beralih pandang fikirku pada penyataan itu,
lantas ku serahkan keseluruh keadaan itu
ke atas kebesaranMu, IlmuMU dan kehendakMU
Sekadar harapanku padaMU,
kau tunjukanlah aku jalan yang lurus,
bagi melerai resahku,
bagi mengamankan cintaKU...
Astaghfirullah hal Azim...
Saturday, December 21, 2013
Putihkanlah
Empat puluh empat tahun berlalu
dan kini aku ingin berpakaian putih
sewajarnya aku berpakaian putih
rambut di kepalaku telah putih
janggut di daguku telah putih
mudah-mudahan ya Allah
hatiku juga bisa putih
sesungguhnya yang putih memang tak bisa
bersentuh campur dengan yang hitam
semestinya maksiat itu hitam
dia akan menghitam cermin hati
seperti nafas anda menghentam cermin
kusam kelam , rosak menghitam
wahai tuhanku,
sesungguhnya segala kesalahanku tiada tersembunyi darimu
kehinaanku ternyata di hadapanmu
berikanlah aku petunjuk
agar ketaatanku bisa menggilap cermin itu
dan semuanya itu
atas izinmu jua.
Insan
Thisle Port dickson
22 Dec 2013
dan kini aku ingin berpakaian putih
sewajarnya aku berpakaian putih
rambut di kepalaku telah putih
janggut di daguku telah putih
mudah-mudahan ya Allah
hatiku juga bisa putih
sesungguhnya yang putih memang tak bisa
bersentuh campur dengan yang hitam
semestinya maksiat itu hitam
dia akan menghitam cermin hati
seperti nafas anda menghentam cermin
kusam kelam , rosak menghitam
wahai tuhanku,
sesungguhnya segala kesalahanku tiada tersembunyi darimu
kehinaanku ternyata di hadapanmu
berikanlah aku petunjuk
agar ketaatanku bisa menggilap cermin itu
dan semuanya itu
atas izinmu jua.
Insan
Thisle Port dickson
22 Dec 2013
Friday, May 3, 2013
Infak
Pernah dulu kufikirkan bagaimana ingin aku mengasihiMU;
cukupkah dengan uzlah sepi berpanjangan;
atau muhasabah diri berseorangan;
atau mungkinkah ada cara yang terhijap bukan kepalang;
Nah..memang rezekiku seorang insan;
Berjalan di atas titian hayat usang;
Berjumpa aku dengan kau rakan ;
Mengemis sebutir nasihat yang hikam;
Kata kau dari ilham;
Bakti masyarakat paling mesti kuutamakan;
Memberi infak ke jalan tuhan;
Sangat ditagih dari sang insan
Paling rapat di sisi tuhan..
Impian Makmur 2, 3 Mei 2013
cukupkah dengan uzlah sepi berpanjangan;
atau muhasabah diri berseorangan;
atau mungkinkah ada cara yang terhijap bukan kepalang;
Nah..memang rezekiku seorang insan;
Berjalan di atas titian hayat usang;
Berjumpa aku dengan kau rakan ;
Mengemis sebutir nasihat yang hikam;
Kata kau dari ilham;
Bakti masyarakat paling mesti kuutamakan;
Memberi infak ke jalan tuhan;
Sangat ditagih dari sang insan
Paling rapat di sisi tuhan..
Impian Makmur 2, 3 Mei 2013
Friday, February 8, 2013
Rindu butir tasbih
Rindu butir tasbih,
sejak terpisah dari jari,
memetik lembut ke belakang,
Allah, Allah, Allah zikirnya;
Senandung zikrullah murid,
menarikan butir tasbih;
sehingga suboh membening,
bersama alunan mersik manik;
Nafi dan isbat berganding;
Jihar dan khafi beriring;
Rindu butir tasbih;
sejak berpisah dari jari;
benang mereput;
tasbih usang terperuk...
Zikir tidak lagi berlabuh..
sejak terpisah dari jari,
memetik lembut ke belakang,
Allah, Allah, Allah zikirnya;
Senandung zikrullah murid,
menarikan butir tasbih;
sehingga suboh membening,
bersama alunan mersik manik;
Nafi dan isbat berganding;
Jihar dan khafi beriring;
Rindu butir tasbih;
sejak berpisah dari jari;
benang mereput;
tasbih usang terperuk...
Zikir tidak lagi berlabuh..
Thursday, February 7, 2013
Khairul Ummah
Suara lirih rindu rasulmu,
meruntun kasih pada golonganmu,
Bersama soalan-soalan itu,
namun jawapan terus tidak bertamu,
Kamu,
dengan rezeki iman tanpa melihat
biar dipisah 1500 tahun dan tempat
tetap berpegang pada kitab yang rapat
Khairul ummah namamu terpahat.
Saujana Impian 7 Feb 2013
meruntun kasih pada golonganmu,
Bersama soalan-soalan itu,
namun jawapan terus tidak bertamu,
Kamu,
dengan rezeki iman tanpa melihat
biar dipisah 1500 tahun dan tempat
tetap berpegang pada kitab yang rapat
Khairul ummah namamu terpahat.
Saujana Impian 7 Feb 2013
Friday, February 1, 2013
Jawab Badar
Berpercikan api dari kuku kuda
menghambur pahlawan ke pentas jihad
dengan satu matlamat
untuk bergelar shuhadak tuhan
Pedang berhayunan,
panah bertebaran
lembing melayang,
Batu menghujan
medan ini medan sebenar
tempat darah pahlawan tumpah
tempat agama tuhan bergantung takdirnya
katakan pada tanah badar itu
apa mahunya.?
tentu jawabnya badar,
mahu rasulnya dibela
katakan pada tanah badar
apa lagi mahunya?
tentu jawab badar,
mahu takdirNYA di-rida....
impian makmur, 1 feb 2013
menghambur pahlawan ke pentas jihad
dengan satu matlamat
untuk bergelar shuhadak tuhan
Pedang berhayunan,
panah bertebaran
lembing melayang,
Batu menghujan
medan ini medan sebenar
tempat darah pahlawan tumpah
tempat agama tuhan bergantung takdirnya
katakan pada tanah badar itu
apa mahunya.?
tentu jawabnya badar,
mahu rasulnya dibela
katakan pada tanah badar
apa lagi mahunya?
tentu jawab badar,
mahu takdirNYA di-rida....
impian makmur, 1 feb 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)