Saturday, November 15, 2008

Anak Kecil Ihya Al Quran ( Sajak untuk Ilham Hafiz)

Anak kecil , mukaddam koyak rabak
melangkah lesu merintis kalam suci
a, i, u, e o; ba, bi bu be bo.

Tiga tahun lamanya
berjihad diri demi memahir kalam hi rabbi
sudah cukup mejemput bosan
namun anak kecil terus jua
besimba bis mim alif lam lam ha...

Meninggal mata benda
merebut rezeki tetapan ilahi
Kerana Sang Maha Pemurah
tentu pasti membimbing.
merentas jambatan 30 juzuk
Sehingga anak kecil bisa meyenandungkan
Tilawah merdu bertaranum tartil

Ustazah tersenyum bangga
Ibu tersenyum tanda syukur
Anak kecil pasrah dgn takdirNYA
Jambatan itu kini telah dilintasinya.

2 comments:

HAFIZ LATIFF said...

assalamualaikum w.b.t.

maafkan saya untuk singgah di sini. boleh saya tahu teratak ini milik siapa? sajak "anak kecil ihya Al Quran" tersebut ditujukan kepada ilham hafiz. boleh saya tahu ilham hafiz yang mana yang dimaksudkan? terima kasih. salam ramadhan.

sajak sufi said...

Saudara ilham, terima kasih kerana berkunjung ke halaman puisi saya. Ada pun ilham hafiz ini adalah permata hati saya; anak bongsu saya. selamat melayari berkat ramadhan.